Question & Answer


                                                PERSOALAN
                                                     Frequently Ask Question


Soalan   : 
Adakah RBT Kit ini boleh diprogram mengunaakan ardublock?
Jawapan: 
Boleh, kerana ardublock dikeluarkan oleh syarikat arduino.cc

Soalan   : 
Kenapa harga NANO Extension sheild ini mahal jika dibandingkan dengan yang ada dipasaran?
Jawapan: 
Ada beberapa sebab iaitu:
1 - Kerana NANO Extension sheild ini telah di ubah suai (Re-Design PCB artwork) mengikut aturcara dalam software SCRATCH dan telah siap sedia di label pada PCB Board supaya pelajar tidak keliru perbezaan di antara pin pada papan litar dan arahan dalam aturcara.
2 - Kos pembuatan di kilang dalam kuantiti yg kecil seperti 100-200unit agak mahal jika dibandingkan dengan kuantiti produksi banyak.
3 - Faktor lain juga diambil kira seperti shipping cost, tax cost, credit card fee, paypal fee, masa penghantaran, kos pemasangan/pateri komponen kecil dalam bentuk pakej siap sedia diguna pakai, penyediaan bahan pembelajaran, Nota, Video dll.
4 - Komisyen kepada pihak yang membuat jualan seperti koperasi bagi menguruskan kewangan seperti L.O, resit jualan dll.


Soalan   : 
Adakah RBT Kit ini boleh buat projek yang lebih advance drp contoh projek diberikan.
Jawapan: 
Ye, pada asalnya board ini direka untuk memenuhi pengunaan penuntut di IPTA/S untuk menghasilkan Final Year Project. Contoh Pin COMM BUS di sambung pada pin A2 dan A3 untuk tujuan menghasilkan komunikasi protokol I2C tambahan.

Soalan   : 
Adakah RBT Kit mempunyai simulasi?
Jawapan: 
Pihak kami telah membuat animasi litar menggunakan perisian scratch itu sendiri untuk melihat tindak balas yang akan berlaku pada litar sebenar dan ianya simulasi melalui animasi.
Jika ingin membuat simulasi elektronik sebenar pilihan yang ada adalah ThinkerCad (online) memerlukan internet yang stabil, ataupun untuk lebih terperinci boleh guna PROTEUS (offline) tetapi PROTEUS memerlukan lesen perisian.
(Pihak kami tidak bertanggungjawab diatas penggunaan perisian cetak rompak di institusi pengajian) - Claim -

Soalan   : 
Adakah RBT Kit ini buatan Malaysia dan sejauh mana keupayaan pencipta kit ini?
Jawapan:
Perisian Scratch dan Arduino Nano board adalah "opensource" dan bukan buatan Malaysia, tetapi Nano+Scratch Extension Sheild (Buatan Malaysia) dan kombinasi kit sehingga siap diguna pakai adalah hasil kerja pelajar Diploma Kejuruteraan diselia oleh Pensyarah/Ketua Kursus Microcontroller (M.Eng) yang mempunyai pengalaman mengajar Microcontroller +/- 10 Tahun beserta sijil kompetensi daripada Microchip.



Penyelia mempunyai rekod cemerlang dalam penggunaan Arduino dan Raspberry Pi dalam pertandingan robotik dan inovasi dalam dan luar negara seperti mewakili pasukan IPTA/S ke Robotworld 2016 di Seoul Korea dan meraih tempat ke-3 mengalahkan 20 universiti  ternama Korea/Malaysia yang lain. Beliau juga bergiat aktif sebagai peserta dalam pertandingan berprestij di Malaysia seperti ITEX, MTE dll.

Soalan   : 
Kenapa RBT Kit ini datang dengan komponen yang telah siap dipateri, kenapa tidak menggunakan breadboard dan beli sahaja loose part.
Jawapan:
Mengikut pengalaman mengajar microntroller di peringkat IPTA kebanyakan pelajar akan melakukan kesalahan memasang litar pada breadboard walaupun pelajar telah belajar subjek elektronik dan juga digital. Perkara ini berulang sehingga pengajar akan bosan untuk menangani isu ini dan merumitkan keadaan. Untuk subjek programming seperti Microcontroller kita fokus kan learning outcome kepada kemahiran pengaturcaraan dan bukannya elektronik asas sebagai core outcome tetapi asas elektronik itu boleh diperbetulkan semasa pembelajaran....besesuaian untuk pembelajaran 5 minggu.

Untuk persoalan tentang loose part, jika 1 atau 2 komponen perlu di pateri mungkin pengajar boleh sediakan tetapi jika banyak sangupkah nak sediakan seperti memateri setiap komponen? Setiap pengajar keupayaan berlainan, jadi kita ambil kaedah yang boleh diterima oleh semua orang dengan memakai komponen yang telah siap dipateri beserta header pin soket. (Penerangan tentang litar Active High, Active Low, Sourcing, Sinking boleh diterangkan fungsinya secara teori pada pelajar)

Soalan   : 
Adakah RBT Kit ini mempunyai Jaminan (Warranty)
Jawapan:

  • Jaminan produk adalah 6 bulan sahaja.
  • Jaminan hanya tertakluk oleh kerosakan pembuatan (Manufacturing defect)
  • Kerosakan akibat salah guna oleh pengguna tidak tertakluk dalam jaminan
  • Tidak termasuk kos pos semula untuk jaminan